Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Bulan Ramadhan bulan anugerah daripada Allah S.W.T, di mana kita dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T dengan diberi ganjaran dan fadilat berlipat kali ganda melalui ibadat khusus di Bulan Ramadhan seperti berbuka puasa, bersahur dan Solat Terawih atau ibadah umum yang biasa kita lakukan di bulan yang lain.
Sebagai yang umum, bulan ini juga bulan memperbaiki akhlak dan aspek rohani dengan meninggalkan amalan yang boleh mengurangkan pahala puasa walaupun sah dari segi hukumnya. Lakukan sebanyaknya ibadat sunat sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran mendatang. Ambil kesempatan berdoa di waktu yang makbul dan pelihara rukun-rukun dan adab-adab berpuasa supaya tidak kerugian.
Firman Allah S.W.T:
(ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ" (183"
“Wahai orang-orang beriman! DIwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah: 183)
Akhir sekali, saya selaku pengendali pakej percutian ke Pulau Tioman ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada.
(jika berkelapangan boleh lawati facebook personal saya di https://www.facebook.com/wanpulautioman/)
Yang berkhidmat,
Wan Muhammad Redhuan bin Wan Mustapha
www.pakejpulautiomanoriginal.com
www.wanpulautioman.my
www.wanpulautioman.com
www.wantioman2u.com
www.percutianpulautioman.blogspot.my
EmoticonEmoticon