Popular

Perutusan Sempena Deepavali 2017


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia.

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Sukacitanya saya merujuk perkara di atas.

Dengan ini saya Wan Muhammad Redhuan pemilik laman rasmi Pakej Pulau Tioman (original) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Saya berharap semasa menyambut Hari Deepavali yang bakal tiba berada dalam keadaan yang bergembira dan selamat sejahtera. Jadikan juga hari perayaan ini untuk kita mengeratkan perpaduan antara kaum dengan kunjung mengunjung rakan dan taulan bagi sama-sama meraikan Hari Deepavali ini. 

Sesungguhnya saya turut bergembira kerana sambutan Hari Deepavali yang tidak lama lagi dapat kita sambut dalam keadaan suasana aman di negara kita yang tercinta ini. Sesungguhnya keamanan ini amat tinggi nilainya bagi negara kita ini yang berbilang kaum. 

Dikesempatan ini juga saya pohon kepada tuan puan untuk kita sentiasa lebih berhati-hati dengan scammers pakej-pakej percutian ke Pulau Tioman. Jangan kita memberi dan membiarkan mereka ini yang melakukan jenayah penipuan menjadi lebih berani untuk melakukan perkara tersebut. Saya yakin dengan kita semua boleh lebih berhati-hati insyaAllah.

Sekian ucapan dari saya mewakili seluruh penduduk Pulau Tioman. 

Yang Berkhidmat,
Wan Muhammad Redhuan.

Previous
Next Post »

Maps To Tg. Gemok Jetty

Thank You For Visiting