Popular

Perutusan Sempena Tahun Baru 1439H



Assalamualaikum WBT Saudara-Saudari yang dirahmati Allah sekalian.

Hari ini merupakan hari penutul tahun 1438 Hijriah

SELAMAT DATANG 1439H

Dengan kerendahan hati dan keinsafan saya Wan Muhammad Redhuan selaku pengurus laman www.percutianpulautiomanoriginal.com / Pakej Pulau Tioman (original) memohon kemaafan kepada semua pelanggan saya atas salah dan silap saya di sepanjang tahun 1438H.

Semoga dengan kedatangan tahun baru 1439H pada hari jumaat 22 September 2017 akan memberi sinar HIJRAH yang lebih cemerlang dalam diri kita semua demi kebaikan dunia dan akhirat, InsyaAllah. Penghijrahan diri merupakan proses berterusan mentransformasikan diri untuk menjadi insan yang lebih cemerlang, berkualiti dan produktif. Justeru itu sebagai hamba Allah, kejayaan kita mentrasnformasikan diri akan secara langsung membantu diri melaksanakan Penghijrahan untuk mencapai Aspirasi tersebut.

Semoga kita akan sentiasa dikurniakan perlindungan dan keberkatan oleh Allah Azza wajalla.

Semoga dalam setiap langkah ikhtiar kita di tahun 1439H akan mendapat kelimpahan, keluasan dan keberkahan rezeki untuk memudahkan kita beribadah di jalan Allah dalam suasana yang tenang dan damai.

Sebagai penutup ucapan, saya dan juga seluruh Penduduk di Kampung Genting, Pulau Tioman ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1439 kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini.

Salam Awal Muharram.
_______________
HUBUNGI KAMI
019-2941683
wanpulautioman@gmail.com
www.pakejpulautiomanoriginal.com
Previous
Next Post »

Maps To Tg. Gemok Jetty

Thank You For Visiting