Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seperti mana yang kita maklum, kita telah hampir ke penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini. Minggu ini adalah yang terakhir kita umat Islam menunaikan ibadah berpuasa dan dijangka akan menyambut hari raya pada 25 Jun ini.
Dikesempatan ini saya mewakili seluruh penduduk di Pulau Tioman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam amnya dan semua pengunjung lama web rasmi Pakej Pulau Tioman Original.
Semoga kita dapat bersama-sama meraikan hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur atas segala limpah rahmatNya. Saya berharap tradisi kunjung mengunjung sesama kita dapat diteruskan dan menjadi amalan setiap musim perayaan kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim sanak saudara, sahabat handai dan seterusnya umat islam.
Dalam kesibukan melakukan persiapan menyambut lebaran, saya berharap agar kita tidak lupa akan keselamatan sepanjang menyambut hari lebaran ini. Terutamanya kepada warga perantauan yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika di jalan raya dan saya mendoakan agar perjalanan anda selamat.
Akhir kata, dikesempatan ini juga, saya menyusun jari nan sepuluh memohon keampunan dan kemaafan zahir dan batin atas segala kekhilafan yang telah dilakukan. Semoga kita semua mendapat rahmatNya dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan.
Selamat hari Raya Aidilfitri.
(Wan Muhammad Redhuan)
Pengurus Pakej Pulau Tioman Original
Kampung Genting, Pulau Tioman.
Popular
-
Pakej Bercuti 3 Hari 2 Malam 2020 - Dumba Bay Resort Seaview Chalet (seorang satu bilik): RM520/seorang (weekdays) RM...
-
Pakej Bercuti 3 Hari 2 Malam 2020 - Panuba Inn Resort Silver Package: RM495/seorang (seorang satu bilik) RM365/seorang (berd...
-
Pakej Bercuti 4 Hari 3 Malam 2020 - Idaman Beach Holiday Resort Standard Chalet: RM500/seorang (seorang satu bilik) RM4...
-
Perutusan Tahun Baru 2018 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Saya Wan Muhammad Redhuan bin Wan Must...
-
Alhamdulillah marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bul...
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon